Thursday, 28 April 2011

# Episode 4: Respect/Respek

Salam and how are you?

Sorry lah..lama tak post something kat blog ni. I'm totally busy with a lot of assignments. Ohh..dang! Tambahan pula sekarang ni minggu exam kan. Tak sempat lah aku nak 'berblogging' kat sini. Study terpaksa diutamakan dulu..betul tak? Hehe..


*Macam tak percaya pula aku cakap seperti budak baik. Lalala


Apa-apa pun, entry kali ni aku nak share pasal etika yang perlu ada dalam diri manusia ni termasuklah aku sendiri. It's about a RESPECT! Yes, dalam bahasa ibunda kita adalah RESPEK.(aku masih musykil perkataan ni bahasa pasar ke atau memang ada dalam kamus??)


Apa yang korang tau pasal respek ni? Bagi pandangan aku, perkataan ni membawa makna yang besar. Respek/Respect itu sendiri dalam bahasa yang lebih lembut atau sedap didengar adalah HORMAT. Dalam dunia ni, kalau kita tidak mempunyai sikap menghormati kita boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak ada sikap penyayang. Mana-mana agama pun mengajar kita supaya lebih bersikap menghormati tidak kira pada manusia, binatang, tumbuhan dan juga kepada yang telah pergi.


Biasalah manusia kan. Bila sudah berada diatas, mereka muda lupa. Mereka mudah berlagak dan mencaci orang. Apatah lagi nak cuba untuk menghormati orang. Punyalah jauh beribu batu. Sebab apa mereka lupa? Sebab syaitan tu menggoda. Dah memang kerja syaitan pun nak buat macam tu. Dia pun lagi minat. Perkara yang tak baik ni laju je. Siap buat overtime tanpa disuruh. Apalah syaitan ni, perangai macam setan betul. Eh, terlupa.. Dah memang syaitan pun. Hehe.

*Tak kisahlah.. Janji kita sebagai manusia yang mudah lupa ni sentiasalah cuba beringat ye.. Oh! Hoiii!


Alright! Terlebih mukadimah pula. Hohoho. So, berbalik kepada tajuk entry aku kali ni. Aku ada cerita nak share. Aku tak tau la cerita ni lucu atau tak? Tapi aku yang melaluinya aku rasa macam nak pitam.

Ceritanya macam ni.. Hari rabu yang lepas, aku dengan semangatnya bercadang nak pergi national library. Dengan alasan konon nak menyiapkan assignment.(Padan muka aku..Sekarang baru nak terhegeh-hegeh siapkan assignment kan). Jadi aku bersiap-siaplah awal pagi tu. Dengan semangat waja yang ada walaupun aku masih mengantuk, aku gagahkan diri juga.

And setibanya aku kat stesen KTM tu... Hissshhh.. Aku nak sambung cerita pun tak tau la macam mana. Hmmmmm. Apa kata korang tengok je kat bawah ni. Mesti korang faham.. Aku tak sanggup nak cerita lah..


Kann??? Aku dah kata tadi. Situasi macam ni pun ada juga?? Aku nak gelak pun tak boleh. Nak sedih lagi lah jauh sama sekali. Tapi aku still respect dengan si balak tu. Walaupun terpisah sekejap je,  dia still hormat dengan awek dia. Dia tak lah masuk sekali dalam ladies coach tu semata-mata nak bersama dengan awek dia. Kalau kita sayang dengan seseorang tu, kita haruslah hormati dia. Bukan setakat orang yang kita sayang, tapi persekitaran orang yang kita sayang tu. Dari family dia, kawan-kawan dia, tak pun privacy dia.

*Macam pakar cinta pula aku ni..hahaha

Okay, entry aku kali ni tidak berakhir disini sahaja. Ada benda lagi aku nak kongsi yang berkaitan dengan tajuk entry aku ni. Seperti biasa aku dengan dunia internet tidak boleh dipisahkan. Bagai garfu dengan sudu yang saling memerlukan satu dengan yang lain.

*Eh, apa daa... Perumpaan apa kejadah yang aku cakap ni?? Hehehe..


Semalam, member aku ada hantar satu email. Dia suruh aku tengok satu iklan ni kat Youtube. Dia ni macam tau-tau je kan tajuk entry aku kali ni. Jadi aku check lah iklan tu and aku rasa tak best rasanya kalau aku tengok sendiri. So, aku rasa baik aku share dengan korang sekali.

Saksikanlahhhh......



Amacam?? Okay tak? Ada kaitan tak? Hehe

After aku tengok iklan ni, pendapat aku walaupun seseorang tu kelihatan selekeh ataupun tidak stylo macam sesetengah orang. Kita janganlah sesekali terus meletakkan label yang negatif terhadap orang tu. Mungkin luaran sahaja nampak buruk, tapi isinya kita tidak tau lagi. Samalah macam yang cuba disampaikan oleh iklan ni. Kalau kita tersalah faham, itu masih boleh lagi dimaafkan. Tapi  kalau orang tu tak buat apa-apa kat kita, tapi kita terus cakap sesuatu yang negatif pasal orang tu. Tak baik la.. Kecik hati orang tu kalau dengar..


Okay lah.. Panjang gila rasanya aku merapu kali ni. Kalau aku tak stop sekarang, aku rasa kejap lagi macam-macam  benda pula yang tak berkaitan yang keluar.. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Korang pun rasa bosan pula nanti. Hehe


Sekali lagi aku nak minta maaf sebab lama sangat tak update blog ni. And thanks juga kepada yang support aku. Aku pun nak sambung buat assignment lagi lepas ni. Anyway, jangan lupa follow aku dalam entry seterusnya!

SALAM.


No comments:

Post a Comment