Hai!
Berjumpa lagi kita dalam rancangan???!!! Ops..ter'over' pula. Amacam? Aku ada gaya pengacara tak? Takde langsung?? Hmmm.. Kecewa. *frust tertonggeng. Haha. Gurau je la. Aku memang takde bakat mengacaree kan. Kalau stesen tv kan, mengambilnyee aku jadi hostnyee memang alamatnyee 2 episod je program tu bersiaran confirm lingkup pun.
*Eh? Apsal aku terikut macam gaya Eric Leong? Ni la akibat kerap sangat tengok Youtube. Hoho.
Sekarang ni, macam-macam show yang aku tengok kat tv. And macam-macam jenis la pengacara yang ada. Gelagat mereka pun pelik-pelik. Ada yang bosan dan ada juga yang best. Tapi macam tu lah lumrah hidup. Bukan semua yang dapat peluang mengacara tu best.Realiti tv untuk menjadi pengacara pun ada.
Actually, menjadi seorang pengacara yang bagus ni mestilah mempunyai knowledge yang tinggi. So, kalau boleh pengacara haruslah tau isu semasa yang berlaku. Jangan sampai memperbodohkan diri anda dikhalayak ramai. Selain tu pengacara harus petah berkata-kata selain tu tahu macam mana nak mengawal situasi jika mempunyai masalah teknikal ketika sedang bersiaran.
Dalam pemerhatian aku, banyak-banyak pengacara atau host yang bijak bila mengacarakan sesuatu rancangan atau majlis yang dapat aku kenal pasti ialah Zainal Alam Kadir. Beliau ni seorang graduan UiTM dalam bidang Art & Design. Beliau ni juga pernah bekerja sebagai jurnalis ataupun wartawan. Disinilah kelebihan Zainal Alam Kadir atau lebih mesra dipanggil Alam. Beliau mahir dalam bidang penulisan dan juga seni. Tidak hairanlaah ketika beliau mengendali rancangan, beliau ada gaya yang versatile. Tapi sekarang ni beliau kembali menjadi wartawan di Malay Mail. Mungkin atas minat yang mendalam dalam bidang jurnalis.
Biodata
Zainal Alam Kadir atau Alam.
Lahir pada 14 November 1966.
Berasal dari Muar, Johor.
Merupakan Editor di The Malay Mail (Entertainment & Lifestyle)
Oh ya, selain tu Alam ni juga seorang yang prihatin dan sangat mengambil berat terhadap isu semasa. Dah nama pun wartawan kan. So, semasa aku godek-godek laman sesawang (website la..pelik kan bunyinya tu kalau disebut dalam Bahasa Malaysia), aku dapati beliau juga ada berkongsi pendapat beliau tentang servis ladies coach ni. Seperti Yuna dalam entry lepas, Zainal Alam Kadir juga telah mengeluarkan pandangan beliau dalam bentuk video. Korang tengoklah dari perspektif pandangan lelaki pula. Tak boleh la nak berat sebelah kan.
Sebelum aku berkongsi link video tu, aku terasa pelik sikit lah dalam entry kali ni. Kenapa aku serius semacam??? Haha. Tak kisahlah. Apa-apa pun korang tengoklah video ni!
Amacam? Okay tak pandangan Zainal Alam Kadir tu? Penuh makna kan??
Before aku mengundurkan diri, aku nak tunjuk korang gambar bakal awek aku. JENG!JENG!JENG!
Cun tak?? Haha.. Jangan risau, ni baru bakal je.. tak confirm lagi. Hehe. Macam la aku ni ramai peminat kan. Anyway, thanks kepada yang sudi membaca entry aku kali ni walaupun ada sedikit kebosanan. Weeee...
Salam & BYE!!
No comments:
Post a Comment