Thursday 28 April 2011

# Episode 4: Respect/Respek

Salam and how are you?

Sorry lah..lama tak post something kat blog ni. I'm totally busy with a lot of assignments. Ohh..dang! Tambahan pula sekarang ni minggu exam kan. Tak sempat lah aku nak 'berblogging' kat sini. Study terpaksa diutamakan dulu..betul tak? Hehe..


*Macam tak percaya pula aku cakap seperti budak baik. Lalala


Apa-apa pun, entry kali ni aku nak share pasal etika yang perlu ada dalam diri manusia ni termasuklah aku sendiri. It's about a RESPECT! Yes, dalam bahasa ibunda kita adalah RESPEK.(aku masih musykil perkataan ni bahasa pasar ke atau memang ada dalam kamus??)


Apa yang korang tau pasal respek ni? Bagi pandangan aku, perkataan ni membawa makna yang besar. Respek/Respect itu sendiri dalam bahasa yang lebih lembut atau sedap didengar adalah HORMAT. Dalam dunia ni, kalau kita tidak mempunyai sikap menghormati kita boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak ada sikap penyayang. Mana-mana agama pun mengajar kita supaya lebih bersikap menghormati tidak kira pada manusia, binatang, tumbuhan dan juga kepada yang telah pergi.


Biasalah manusia kan. Bila sudah berada diatas, mereka muda lupa. Mereka mudah berlagak dan mencaci orang. Apatah lagi nak cuba untuk menghormati orang. Punyalah jauh beribu batu. Sebab apa mereka lupa? Sebab syaitan tu menggoda. Dah memang kerja syaitan pun nak buat macam tu. Dia pun lagi minat. Perkara yang tak baik ni laju je. Siap buat overtime tanpa disuruh. Apalah syaitan ni, perangai macam setan betul. Eh, terlupa.. Dah memang syaitan pun. Hehe.

*Tak kisahlah.. Janji kita sebagai manusia yang mudah lupa ni sentiasalah cuba beringat ye.. Oh! Hoiii!


Alright! Terlebih mukadimah pula. Hohoho. So, berbalik kepada tajuk entry aku kali ni. Aku ada cerita nak share. Aku tak tau la cerita ni lucu atau tak? Tapi aku yang melaluinya aku rasa macam nak pitam.

Ceritanya macam ni.. Hari rabu yang lepas, aku dengan semangatnya bercadang nak pergi national library. Dengan alasan konon nak menyiapkan assignment.(Padan muka aku..Sekarang baru nak terhegeh-hegeh siapkan assignment kan). Jadi aku bersiap-siaplah awal pagi tu. Dengan semangat waja yang ada walaupun aku masih mengantuk, aku gagahkan diri juga.

And setibanya aku kat stesen KTM tu... Hissshhh.. Aku nak sambung cerita pun tak tau la macam mana. Hmmmmm. Apa kata korang tengok je kat bawah ni. Mesti korang faham.. Aku tak sanggup nak cerita lah..


Kann??? Aku dah kata tadi. Situasi macam ni pun ada juga?? Aku nak gelak pun tak boleh. Nak sedih lagi lah jauh sama sekali. Tapi aku still respect dengan si balak tu. Walaupun terpisah sekejap je,  dia still hormat dengan awek dia. Dia tak lah masuk sekali dalam ladies coach tu semata-mata nak bersama dengan awek dia. Kalau kita sayang dengan seseorang tu, kita haruslah hormati dia. Bukan setakat orang yang kita sayang, tapi persekitaran orang yang kita sayang tu. Dari family dia, kawan-kawan dia, tak pun privacy dia.

*Macam pakar cinta pula aku ni..hahaha

Okay, entry aku kali ni tidak berakhir disini sahaja. Ada benda lagi aku nak kongsi yang berkaitan dengan tajuk entry aku ni. Seperti biasa aku dengan dunia internet tidak boleh dipisahkan. Bagai garfu dengan sudu yang saling memerlukan satu dengan yang lain.

*Eh, apa daa... Perumpaan apa kejadah yang aku cakap ni?? Hehehe..


Semalam, member aku ada hantar satu email. Dia suruh aku tengok satu iklan ni kat Youtube. Dia ni macam tau-tau je kan tajuk entry aku kali ni. Jadi aku check lah iklan tu and aku rasa tak best rasanya kalau aku tengok sendiri. So, aku rasa baik aku share dengan korang sekali.

Saksikanlahhhh......



Amacam?? Okay tak? Ada kaitan tak? Hehe

After aku tengok iklan ni, pendapat aku walaupun seseorang tu kelihatan selekeh ataupun tidak stylo macam sesetengah orang. Kita janganlah sesekali terus meletakkan label yang negatif terhadap orang tu. Mungkin luaran sahaja nampak buruk, tapi isinya kita tidak tau lagi. Samalah macam yang cuba disampaikan oleh iklan ni. Kalau kita tersalah faham, itu masih boleh lagi dimaafkan. Tapi  kalau orang tu tak buat apa-apa kat kita, tapi kita terus cakap sesuatu yang negatif pasal orang tu. Tak baik la.. Kecik hati orang tu kalau dengar..


Okay lah.. Panjang gila rasanya aku merapu kali ni. Kalau aku tak stop sekarang, aku rasa kejap lagi macam-macam  benda pula yang tak berkaitan yang keluar.. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Korang pun rasa bosan pula nanti. Hehe


Sekali lagi aku nak minta maaf sebab lama sangat tak update blog ni. And thanks juga kepada yang support aku. Aku pun nak sambung buat assignment lagi lepas ni. Anyway, jangan lupa follow aku dalam entry seterusnya!

SALAM.


Monday 18 April 2011

# Episode 3: Pandangan lelaki

Hai!

Berjumpa lagi kita dalam rancangan???!!! Ops..ter'over' pula. Amacam? Aku ada gaya pengacara tak? Takde langsung?? Hmmm.. Kecewa. *frust tertonggeng. Haha. Gurau je la. Aku memang takde bakat mengacaree kan. Kalau stesen tv kan, mengambilnyee aku jadi hostnyee memang alamatnyee 2 episod je program tu bersiaran confirm lingkup pun.


*Eh? Apsal aku terikut macam gaya Eric Leong? Ni la akibat kerap sangat tengok Youtube. Hoho.


Sekarang ni, macam-macam show yang aku tengok kat tv. And macam-macam jenis la pengacara yang ada. Gelagat mereka pun pelik-pelik. Ada yang bosan dan ada juga yang best. Tapi macam tu lah lumrah hidup. Bukan semua yang dapat peluang mengacara tu best.Realiti tv untuk menjadi pengacara pun ada.

Actually, menjadi seorang pengacara yang bagus ni mestilah mempunyai knowledge yang tinggi. So, kalau boleh pengacara haruslah tau isu semasa yang berlaku. Jangan sampai memperbodohkan diri anda dikhalayak ramai. Selain tu pengacara harus petah berkata-kata selain tu tahu macam mana nak mengawal situasi jika mempunyai masalah teknikal ketika sedang bersiaran.


Dalam pemerhatian aku, banyak-banyak pengacara atau host yang bijak bila mengacarakan sesuatu rancangan atau majlis yang dapat aku kenal pasti ialah Zainal Alam Kadir. Beliau ni seorang graduan UiTM dalam bidang Art & Design. Beliau ni juga pernah bekerja sebagai jurnalis ataupun wartawan. Disinilah kelebihan Zainal Alam Kadir atau lebih mesra dipanggil Alam. Beliau mahir dalam bidang penulisan dan juga seni. Tidak hairanlaah ketika beliau mengendali rancangan, beliau ada gaya yang versatile. Tapi sekarang ni beliau kembali menjadi wartawan di Malay Mail. Mungkin atas minat yang mendalam dalam bidang jurnalis.


Biodata

Zainal Alam Kadir atau Alam.
Lahir pada 14 November 1966.
Berasal dari Muar, Johor.
Merupakan Editor di The Malay Mail (Entertainment & Lifestyle)


Oh ya, selain tu Alam ni juga seorang yang prihatin dan sangat mengambil berat terhadap isu semasa. Dah nama pun wartawan kan. So, semasa aku godek-godek laman sesawang (website la..pelik kan bunyinya tu kalau disebut dalam Bahasa Malaysia), aku dapati beliau juga ada berkongsi pendapat beliau tentang servis ladies coach ni. Seperti Yuna dalam entry lepas, Zainal Alam Kadir juga telah mengeluarkan pandangan beliau dalam bentuk video. Korang tengoklah dari perspektif pandangan lelaki pula. Tak boleh la nak berat sebelah kan.


Sebelum aku berkongsi link video tu, aku terasa pelik sikit lah dalam entry kali ni. Kenapa aku serius semacam??? Haha. Tak kisahlah. Apa-apa pun korang tengoklah video ni!



Amacam? Okay tak pandangan Zainal Alam Kadir tu? Penuh makna kan??


Before aku mengundurkan diri, aku nak tunjuk korang gambar bakal awek aku. JENG!JENG!JENG!

Cun tak?? Haha.. Jangan risau, ni baru bakal je.. tak confirm lagi. Hehe. Macam la aku ni ramai peminat kan. Anyway, thanks kepada yang sudi membaca entry aku kali ni walaupun ada sedikit kebosanan. Weeee...

Salam & BYE!!




Tuesday 12 April 2011

# Episode 2: Senyum sampai ke telinga.



Indah sungguh hari ni. Hari pun baik dan bertuah. Aku rasa macam nak menyanyi lagu "suriram..ram..ram..suriram.." Korang tau tak kenapa aku happy hari ni?? Tau tak?? Jawab la cepat!!

Hohoho.. Tak dapat kan.

Semalam aku pergi la jalan-jalan memandangkan class aku habis awal. Dah lama aku tak keluar. Asyik terperap je kat kawasan aku ni. Bosan gila hidup aku hari-hari. Pergi class, balik class. Balik class, buat assignment. Assignment pula banyak gila. Aku pun boleh gila sekali. Kalau komputer aku boleh bercakap,

"der..lu tak reti ke bai nak berenti buat keje??"

Opss!Apa benda aku mengarut ni! Tapi aku nak menjawab juga kat komputer aku tu.

"Dasar tak kenang budi lu bro! Gua penat beli lu. Lu balas macam ni?"

Hak..Hak..Hak..

Sorry korang.. Happy sangat macam ni la. Okay, yesterday kan I met someone yang I minat sangat. You all tau tak siapa? Chait!! Pakai I and You pula.
Actually, aku terjumpa dengan YUNA!! Yeahhh.. Aku minat sangat dengan dia. Dia la gadis pertama yang aku rasa main gitar pakai tudung kat Malaysia masa tu. Lagu-lagu yang dia cipta pun best sangat. Aku suka la gadis macam ni. COOL!! Kan best kalau ada gf macam ni. Agak-agak korang Yuna nak tak jadi special aku? Mesti meriah hidup dia dapat teman lelaki cam aku.

Issshhh.. *blushinggg


So, bukan main lagi aku bergambar dengan dia semalam. And sudah puas bergambar aku balik rumah, aku search la Youtube. Cadang nak layan jiwang sekejap lepas jumpa Yuna kan. Then aku terjumpa satu video ni. Tajuk video ni "Yuna interview with Pink On Rails". Yuna ni baik sangat. Dia concern tentang isu wanita ni and ladies coach tu sendiri.
Aku cakap banyak pun tak guna kan. Baik korang tengok sendiri.  Rugi korang kalau tak tengok..


Korang dah tengok habis?? Alright..Korang memang cool! Okaylah, aku nak sambung layan jiwang balik.



Eh lupa.. Bye korang! Salam!!


Wednesday 6 April 2011

# Episode 1 - Why and why?





 

 Masa tu aku on the way balik rumah lepas class. Seperti biasa, driver aku dah tunggu tepat pada waktunya dan tempat yang sama. Aku sangat sayang kereta dan driver aku ni. Tak perlu nak isi minyak kalau berjalan. Besar pun besar. Luas kat dalam dah macam bilik rumah sewa aku je.Tayar dah berkurun,tak pernah buat hal bocor pula. Tu sebab orang dah awal-awal berikan gelaran kat dia iaitu KERETAapi. :p

Letih tu jangan cerita la. Siap boleh tertidur lagi dalam train.Aku boleh rasakan yang awek duduk sebelah aku tu mesti dah terganggu dengan dengkuran 6.5 skala richter aku. Mau tak terganggu, member aku pernah rakam dengkuran aku masa tidur dengan telefon bimbit beliau. Aku sendiri tak percaya yang itu aku punya dengkuran. Telefon member aku ni after 3 hari pasang 'BUNYI' aku tu siap gelak-gelak, terus jahanam. Dah tak keluar sound . Hah! Padan muka dia. Ngutuk aku lagi.

Eh, terlalut pula. Hehe. So. ceritanya macam ni...


Tak guna kan anonymous guy yang cuba mengambil kesempatan kat gadis tu. Aku pun cuba la menjadi HERO walaupun sebenarnya aku pun takut. Hehe. So, after that aku pun nasihat la dekat gadis tu, " Awak, lain kali awak guna lah Ladies Coach. Kan lebih selamat". And diakhir cerita, aku sambung tidur aku balik yang tergendala. HAH! Mesti korang ingat ending story ni aku berkenalan dengan awek ni dan bertukar-tukar number phone dan akhirnya kami bercinta. That's only in a movie la. Realitinya tak seindah yang anda gambarkan. HOHO. So, aku just nak pesan kat sini, hargailah wanita seperti mana anda menghargai ibu anda. Be gentleman bro!

The End.


But, before that.. I always have a 'Why and Why' questions that always berlegar-legar in my mind..

1st why?
Kenapa lelaki yang berniat jahat tu tak reti nak respect kat wanita. Dia tak rasa malu ke? Apa kata kalau dia ada adik perempuan, and benda tu terjadi kat adik perempuan dia. Dia mesti marah kan. Kenapa lah dia tak memahami perasaan wanita bila diganggu macam tu.

2nd why?
Why girls are not using a ladies coach for a sake of their safety.. Kalau gerabak/koc tu kosong sila la gunakan. KTMB dah sediakan khas untuk anda wahai kaum hawa. If have a coach for a men, saya suka sangat sebab tak payah nak berebut. Sebab 60% pengguna train KTMB ni perempuan. Tapi ada ke perempuan nak ganggu lelaki dari segi seksual? Tak pernah lagi dibuat orang..Haha


So, aku bagi korang fikirlah ek.

Ok,BYE ALL!

p/s: Jangan lupa follow dalam entry seterusnya!